Custom Search

10/31/2008

KEGUNAAN LINTAH

Lintah perubatan (Hirudo Medicinalis)

Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.


Sejarah perubatan lintah

Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina. Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tanggi.


Penggunaan Klinikal

Penggunaan secara klinikal pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.


Terapi Lintah digunakan untuk merawat:
  • glaucoma
  • myasthenia
  • inflammatory reactions
  • heart diseases
  • rheumatic diseases
  • tendovaginitis and tendonitis
  • venous disease and varicose veins arthrosis
  • arthritis
  • muscle tension
  • trombosis and embolism
  • passive congestions and spastic conditions
  • vertebrogenic pain syndromes
  • transudates and exudates
  • antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses


Kelebihan Terapi Lintah

Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)


Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
  • menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
  • kesan anti-inflamasi yang amat cepat
  • kesan anti stress dan adaptonege
  • kesan immunostimulating dan immunomodulating
  • anesthesia
  • anti pembekuan
  • kesan anti bacteria
  • membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini
  • mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh

RAWATAN LINTAH

Contoh Kes-kes menggunakan Rawatan Lintah

KES SATU:
RINGKASAN: seorang lelaki berumur 25 tahun jatuh dari tangga mengalami putus jari dan dijangkakan satu per tiga dari proximal phalanx.
Diikut oleh kegagalan membaik pulih venous dengan vein grafts, lintah telah digunakan dan warna kulit bahagian itu berubah dengan cepat.
Rawatan diteruskan setiap 4 ke 6 jam. 5 hari selepas itu, aktiviti pembaik pulih bermula secara semulajadi. 8 hari selepas itu, saliran darah telah berjaya dibaik pulih.


3 minggu selepas itu, lapisan kulit mula terbentuk. 6 minggu selepas itu, diikuti dengan rawatan pergerakan aktif dan pasif dan juga coban taping, jari itu mengalami TAM pada 224 darjah

Prosedur yang dimuatkan dalam kes satu telah dijalankan dengan berjaya oleh Dr. D.H. Lalonde, B.Sc, M.Sc.,M.D., FRCSC Plastic and Reconstructive Surgery, St.John, N.B., Canada.


KES DUA:
RINGKASAN: seorang lelaki kulit putih berumur 45 tahun memgalami putus telinga di bahagian dua per tiga telinga kanan. Telinga itu di sambung semula mengunakan microovascular anastomosis pada kapilari luaran yang kecil. Tiada veins yang boleh digunakan untuk anastomosis. Tidak lama selepas anastomosis, berlaku venous congestion yang jelas. Lintah perubatan digunakan untuk merawat venous congestion.

24 jam selepas
Gambar mejunjukkan beberapa venous congestion dalam telinga yang disambung semula diikuti avulsion lengkap.






48 jam selepas
3 ekor lintah telah di gunakan setiap 8 jam.
Diikuti oleh permulaan penggunaan, kemajuan yang jelas dapat dikesan.






72 jam selepas
3 ekor lintah telah digunakan setiap 8 jam untuk jangkamasa 14 ke 30 minit. Kemajuan dalam perubahan warna dan bengkak menyusut serta congestion dikesan.



6 hari selepas
seluruh telinga yang disambung semula dapat digunakan dan pulih dengan baik..





Dua bulan selepas
pemulihan lengkap telinga yang disambung semula

Prosedur yang dimuatkan dalam kes dua telah dijalankan dengan berjaya oleh Dr. Kulwant S. Bhangoo, M.D.,F.R.C.S., FACS, FICS, Chief of Plastic Surgery at Mercy Hospital, Buffalo, New York.

MAKLUMAT LINTAH

Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.

Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.


Biologi Lintah
Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Factor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.


Fakta Lintah

  1. Terdapat 650 spesis lintah
  2. lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
  3. kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
  4. lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
  5. lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
  6. tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
  7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
  8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
  9. Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
  10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
  11. Lintah akan mengembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
  12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. kemungkinan ketika India purba
  13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
  14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
  15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
  16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
  17. Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal

PENEMPAHAN LINTAH

Sesiapa yang nak beli lintah di kawasan kulim...

Bolehlah call :
Syam - 016-4151062 (kulim)
@
Mag - 017-7099168
@
@

Harga boleh dibincang....

Pembeli yang membeli lintah daripada syarikat kami untuk diternak, akan diajar mengenai kaedah-kaedah penternakan lintah yang efektif, selamat dan menguntungkan secara PERCUMA.. !!!
(hanya bagi pembelian lintah 2000 ekor dan keatas mengikut saiz).